Categories: FeaturedTrending

Peminjam PTPTN Terjejas Boleh Tangguh Bayaran 3 Bulan

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja atau pendapatan terjejas, boleh memohon untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, peminjam terbabit perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian di www.ptptn.gov.my/penangguhan pkp3.0 mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.

Malah, katanya tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan ketika permohonan.

Tambah beliau lagi, penangguhan bayaran balik selama tiga bulan itu akan bermula pada bulan permohonan diluluskan, dan dua bulan lagi di antara Jun sehingga Oktober.

“Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui emel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan.

“Peminjam diingatkan untuk mengemaskini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan keputusan berkenaan kelulusan permohonan penangguhan sampai kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sumber: Metro

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”