“Nervous Wak” – Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Rozita Che Wan Hamil?

Baru-baru ini, pelakon jelita Rozita Che Wan, 52 memuat naik sebuah foto dan meluahkan rasa gementar.

Menerusi hantaran foto di TikToknya, Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta itu dilihat sedang ‘mirror selfie’ dengan mengenakan busana berona merah hati.

Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis Che Ta iaitu mempersoalkan bentuk pada bahagian perutnya.

“Baby bump ke tu? Nervous mak.

“Nervous wak… #adakahlemaktepudisitu,” tulis Che Ta.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan bahawa tidak menjadi masalah jika dia benar-benar hamil pada usia yang lewat asalkan menjaga kesihatan.

Malah, ada yang turut menzahirkan ucapan tahniah untuknya jika dirinya sedang hamil.

Untuk rekod, Che Ta dan Zain Saidin berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9.

Menerusi perkahwinan sebelum ini, Che Ta memiliki dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 27 dan Aniq Ezzra, 25.

Artikel Berkaitan: Koleksi Foto Raya Keluarga Che Ta Buat Netizen Terpana, Aisyah Dhia Rana Jadi Perhatian

Artikel Berkaitan: Che Ta & Zain Saidin Tak Rancang Tambah Zuriat, Ingin Fokus Besarkan Aaisyah

Artikel Berkaitan: Aaisyah Buat ‘Cupid Trend’ Di TikTok, Kecantikan Anak Rozita Che Wan Dipuji – “Semoga Anak Diperut Saya Terkenan”

Atiqah Johari