[VIDEO] Ramai Tersentuh Tengok Zaiton Sameon Perform Lagu Menaruh Harapan – “Kisah Hidup Kak Ton Sangat Menyayat Hati”

Siapa sahaja tidak mengenali dengan penyanyi veteran, Zaiton Sameon yang popular dengan lagu Menaruh Harapan.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan Zaiton menyanyikan lagu hitsnya iaitu Menaruh Harapan bersama penyanyi, Ernie Zakri dalam sebuah program televisyen (TV).

Lebih manis apabila kedua-dua penyanyi yang mengenakan busana serba putih tersebut menyampaikan lagu itu dengan sungguh baik sekali.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata memuji penyampaian nyanyian Ernie yang tidak berlebihan daripada penyanyi asal.

Disebalik pujian tersebut, terselit juga komen-komen warganet mengenai Zaiton.

Lebih-lebih lagi ramai yang masih mengenang kembali tragedi hitam yang menimpa Zaiton setelah kehilangan satu-satunya anak tunggal dalam insiden dengan sebuah lori pada Februari 1990.

Susulan daripada itu, dia telah mengalami gangguan emosi yang teruk hingga mengakibatkan daya ingatannya terjejas.

Ramai juga mendoakan agar penyanyi tersebut diberikan kesihatan yang baik agar terus dapat menghiburkan peminat.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian video tersebut telah meraih lebih 500,000 tontonan, 46,00 tanda suka dan lebih 570 komen.

Terdahulu, turut tular sebuah rakaman video yang memaparkan Zaiton sedang menziarahi pusara anak tunggalnya itu, baru-baru ini.

“Teramat rindu, semoga arwah anakku Azirwan ditempatkan dikalangan orang beriman. Tunggu mama tau sayang,” tulis Zaiton di TikTok.

Khairil Khusyairi