Lepas Didakwa ‘Scam’ Duit Orang, Video Boy Iman Cuba Terjun Jambatan Tular… Netizen Sempat Bergurau: “Bayar Hutang Dulu! Risau Jadi Pocong”

Sebelum ini, nama pelakon dan ahli perniagaan, Boy Iman terpalit dengan sebuah kontroversi yang mendakwa dirinya menipu peserta berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya pada April lalu.

Artikel Berkaitan: Isu Festival Hooray X Fest, Boy Iman Nafi Bawa Lari Duit Mangsa – “Saya Teraniaya Ni…”

Terbaru, menerusi video perkongsian di Instagram @jabatannetizennegara20, Boy Iman dilihat cuba untuk memanjat tembok di sebuah jambatan seolah-olah cuba untuk menerjun.

Namun, tindakannya itu terbantut apabila ada individu lelaki yang cuba menarik dan menenangkannya.

Walaubagaimanapun, menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan tindakan Boy Iman itu sekadar drama.

Malah, ada warganet berseloroh ingin memberinya tangga untuk memudahkan Boy Iman memanjat tembok tersebut.

Tidak kurang juga yang mengingatkan Boy Iman untuk membayar hutang sebelum berbuat sedemikian kerana risau rohnya tidak akan tenteram.

Kredit video: Instagram Jabatannetizennegara20

Atiqah Johari