Netizen Kagum Anak Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Fasih Berbahasa Melayu & Inggeris

Anak kepada pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza, Isaac Raees tampil mencuri perhatian warganet selepas melihat kepetahannya bertutur dalam dua bahasa.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Zahirah telah memuat naik celoteh anaknya yang petah bercakap sepanjang bercuti di Desaru Coast, Johor.

Tenang melayan kerenah putera kesayangan mereka, gelagat seisi keluarga itu turut meraih pujian dalam kalangan pengikutnya.

Kagum mendengar kefasihan si kecil itu bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang memuji sikap pasangan selebriti itu yang mengajar anaknya untuk bertutur dalam kedua-dua bahasa secara seimbang.

 

Fatin Nurain