Categories: FiguraHiburanTrending

Datin Shahida Buat Lips-Sync Skrip Perempuan Itu, Peminat Kata Muka Persis Mimi Lana – “Dah Macam Adik-Beradik”

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya membuat lips-sync di TikTok.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida telah memuat naik videonya membuat lips-sync petikan skrip daripada drama bersiri, Perempuan Itu yang kini hangat menjadi ikutan ramai.

Dalam perkongsian tersebut, isteri kepada pengasas D’Herbs itu begitu menghayati petikan skrip tersebut sekali gus mencuri perhatian ramai.

“Sampai bila nak jadi munafik!,” tulisnya.

@shahidadherbs2 sampai bila nak jadi munafik!!! #perempuanitu ♬ original sound – erma fatima

Melihat gelagat spontannya mengikuti trend tersebut, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen,

Malah, ada juga yang memuji paras rupa Shahida persis pelakon utama drama tersebut, Mimi Lana.

Selain Mimi, drama arahan Erma Fatima itu juga turut dibintangi oleh Zul Arifin, Siti Hariessa, Eman Manan, Amar Asyraf, Azizah Mahzan dan ramai pagi.

Orang ramai boleh menonton drama tersebut menerusi www.tonton.com.my bermula 1 Jun lalu.Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya membuat lips-sync di TikTok.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida telah memuat naik videonya membuat lips-sync petikan skrip daripada drama bersiri, Perempuan Itu yang kini hangat menjadi ikutan ramai.

Dalam perkongsian tersebut, isteri kepada pengasas D’Herbs itu begitu menghayati petikan skrip tersebut sekali gus mencuri perhatian ramai.

“Sampai bila nak jadi munafik!,” tulisnya.

Melihat gelagat spontannya mengikuti trend tersebut, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen,

Malah, ada juga yang memuji paras rupa Shahida persis pelakon utama drama tersebut, Mimi Lana.

Selain Mimi, drama arahan Erma Fatima itu juga turut dibintangi oleh Zul Arifin, Siti Hariessa, Eman Manan, Amar Asyraf, Azizah Mahzan dan ramai pagi.

Orang ramai boleh menonton drama tersebut menerusi www.tonton.com.my bermula 1 Jun lalu.

Fatin Nurain