Sempat Buat Content Ketika Kemalangan, Aliff Syukri Dikecam… Peminat Tampil Back Up – “Ini Bukan Pasal Kaya, Tapi…”

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil berkongsi detik cemas ketika terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya, semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh Syukri menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Biarpun tiada sebarang kemalangan jiwa, Syukri kelihatan begitu cemas dan sempat memarahi pemandu kereta yang melanggar keretanya.

Bukan itu sahaja, usahawan itu juga sempat memastikan keselamatan pemandu peribadinya dalam keadaan baik-baik selepas kejadian tersebut berlaku.

“Ya Allah, apa masalah ni? What happened? You drivelah betul-betul. Jalan straight. Aiyo, my car. Pleaselah drive betul-betul, kalau tak pakai seat belt tadi dah habis,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat sesetengah netizen kurang senang dengan tindakan usahawan itu yang sempat merakam detik cemas tersebut.

Malah, ada juga yang mendakwa usahawan itu sengaja membuat content sedangkan dia mampu untuk menanggung kerugian dari kemalangan tersebut.

Namun, peminat Aliff tampil membela nasibnya dan menegur sikap netizen yang hanya menilai kejadian tersebut melalui kekayaan yang dimilikinya berbanding keselamatan setiap pengguna jalan raya.

@abangterlajaklarisSumpah salit bergegar kepala sy..♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music
Fatin Nurain