Categories: Drama

Kenali Watak-Watak Utama Yang Menceriakan ‘Diva Seroja’

Waktu di sekolah adalah waktu yang penting dalam pembentukkan personaliti. Hal ini ditonjolkan menerusi drama Lestary terbaharu yang berjudul ‘Diva Seroja.’

Drama ini memperlihat kisah kisah sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 yang bersekolah di Sri Seroja Private School. Mereka adalah Amanda (lakonan Puteri Balqis), Maya (lakonan Harissa Adlyn), Vivy (lakonan Amanda Tan), Shanty (lakonan Kashika Selvam dan Leyla (lakonan Amirah Shahirah). Seiring dengan seruan untuk cakna teknologi, mereka juga adalah pengguna aktif aplikasi pemesejan yang dikenali sebagai Besties.

Apabila hadirnya guru baharu yang dikenali sebagai Cikgu Suzila (lakonan Fasha Sandha, satu pembaharuan telah berlaku dalam kehidupan gadis-gadis ini. Cikgu Suzila telah mempunyai misi untuk membangkitkan semula kebudayaan sukma sekolah swasta itu yang sudah tidak aktif bertahun lamanya.

Strategi guru ini adalah untuk memujuk kumpulan Diva Seroja untuk turut mengambil bahagian. Kenali watak-watak mereka ini dengan lebih lanjut!

#1 Amanda (lakonan Puteri Balqis)

Amanda telah dibesarkan oleh ayahnya bersama dua adik-beradik lelaki setelah pemergian ibunya. Persekitarannya ini telah membentuk Amanda sebagai seorang yang berperwatakan seperti tomboy dan kasar. Dia juga seorang yang nakal. Walaupun begitu, dia seorang yang ringan tulang dalam memberi bantuan kepada guru dan amat menghargai rakan-rakannya.

#2 Maya (lakonan Harissa Adlynn)

Maya adalah seorang yang dikurniakan kejelitaan menawan. Dia sentiasa ditolak ke depan untuk menjadi umpan agar rakannya yang lain turut mendapat habuan. Maya juga seorang yang lemah lembut dan pandai menari.

#3 Leyla (lakonan Amira Syahira)

Leyla merupakan seorang anak yatim piatu. Dia tinggal bersama kakaknya. Namun, kehidupannya di rumah tidak aman dek kehadiran abang iparnya. Leyla mempunyai bakat dalam bidang muzik. Selain suaranya yang lunak, dia juga pandai bermain drum.

#4 Vivy (lakonan Amanda Tan)

Vivy merupakan seorang pengguna aplikasi Beties yang popular. Dia mempunyai ramai peminat dan pengikut yang sering menantikan videonya yang comel. Vivy tidak begitu fasih dalam Bahasa Melayu. Namun, dia sering mendapat tunjuk ajar oleh ahli Besties.

#5 Shanty (lakonan Kashika Selvam)

Shanty mempunyai keperibadian yang ‘skema.’ Dia seorang ulat buku, terutamanya bagi topik sains. Shanty juga fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Selain pandai berkata-kata, dia juga pandai menyanyi.

#6 Cikgu Suzila (lakonan Fasha Sandha)

Cikgu Suzila adalah guru yang baru pindah dari sekolah lain. Guru Bahasa Melayu ini juga kini memainkan peranan sebagai ketua Kelab Kebudayaan dan Kompang di sekolah. Dia gemar memakai baju kebaya ke sekolah serta menggunakan peribahasa Melayu dan simpulan bahasa dalam pertuturan harian.

Cerita Apa? ‘Diva Seroja’
Hari Apa? Setiap Khamis – Sabtu
Jam Berapa? 9 malam
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan