Netizen Kagum Yusuf & Alisa Teruja Dapat RM1, Puji Hanis Zalikha Ajar Anak Berdoa – “Semoga Semua Diberi Ganjaran”

Pengacara dan usahawan terkenal, Hanis Zalikha tidak dinafikan sering menerima pujian terutamanya dalam caranya mendidik anak-anak iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3, hasil perkahwinan bersama pelakon berkaliber, Hairul Azreen.

Baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Hanis berjaya meraih perhatian netizen yang kagum dengan keperibadian anak-anaknya.

Video tersebut memaparkan aksi comel Yusof dan Alisa membuka setiap sampul duit raya hasil pemberian keluarga dan kenalan rapat itu menarik perhatian lebih-lebih lagi apabila dua beradik ini teruja mendapat wang RM1.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa terharu melihat gelagat anak-anak pasangan sejoli ini.

Bukan itu sahaja, netizen turut menyatakan pandangan bahawa Hanis sewajarnya menjadi contoh terbaik kepada ibu-ibu atas didikannya yang sangat bagus dalam membimbing anak-anak menjadi insan mulia.

Ini kerana dalam video tersebut, Hanis mengajar Yusuf untuk membaca doa agar orang yang membuatnya bahagia akan dimurahkan rezeki telah menyentuh hati netizen.

“Ya Allah, please reward everybody that make me happy,” ujar Hanis sambil mengajar Yusuf berdoa.

Terukir senyuman manis di raut wajah dua adik-beradik ini yang bahagia melihat jumlah wang ringgit biarpun bernilai RM1.

@haniszalikha

Money! Mr.Krab money!

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Aqilah Paharuzi