“Jika Saya Sudah Tiada, Ingatlah Saya Dengan Melihat Video Yang Ada” – Chef Turki, Burak Ozdemir Hidap ‘Brain Tumor’

Terkenal dengan cara masakan dan senyuman yang tidak lekang di bibir, Chef Turki yang dikenali sebagai CZN Burak atau nama sebenarnya, Burak Ozdemir baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.

Ia selepas beliau berkongsi keadaaan terkininya yang sedang terlantar di hospital dipercayai akibat penyakit barah otak yang dialami.

 

Justeru itu, ramai peminat Burak dari seluruh dunia mendoakan agar beliau kembali sihat dan muncul semula dengan video-video terbaharu yang seringkali di muat naik di aplikasi Tik Tok miliknya.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaharu Burak di aplikasi berkenaan, beliau dilihat memohon doa agar diberikan kesembuhan dan sempat menitipkan pesan buat semua peminatnya di seluruh dunia.

“Andai anda kehilangan saya suatu hari nanti, ingatlah saya dengan melihat….,” tulilsnya.

Malah, perkongsian video berdurasi 20 saat itu telahpun di tonton sebanyak 14 juta kali sejak ia dimuat naik pada Rabu.

@cznburak❤️❤️❤️🤲🤲🤲

♬ follow me – paidaly.zat

 

Salma Syahbuddin