Netizen Kecam Telekung Sebesar Kanopi, Pertikai Tindakan Vida –  “Demi Content Sanggup!”

Kemeriahan sambutan bulan Ramadan pastinya diraikan dengan meriah di seluruh dunia, apatah lagi ramai yang mula mengimarahkan masjid menunaikan solat terawih sejak malam tadi.

Bahkan, kemeriahan itu juga turut dikongsi oleh usahawan selebriti, Datuk Seri Vida menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

“Alhamdulillah, solat terawih pertama malam ini. Salam Ramadan dari saya. Selamat berpuasa semua umat Islam,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian Vida itu menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet yang mempersoalkan tindakannya memakai telekung terlalu panjang seperti sebuah ‘kanopi’ di hadapan sebuah masjid.

Malah, ada yang berani menegur tindakan usahawan itu apabila mendakwa Vida berbuat demikian semata-mata demi ‘content’ dan mahu meraih perhatian.

 

Apa yang dia buat memang memalukan! Sampai tak ada sensitiviti

 

Terdahulu, Vida pernah dikritik hebat apabila tampil dengan persalinan persis telekung ketika menghadiri sebuah acara Karpet Merah pada majlis anugerah yang diadakan sekitar awal Mac tahun ini.

Biarpun ada yang melihat gaya itu sebagai unik dan lucu, namun ramai yang beranggapan keberanian usahawan tersebut sebagai tidak bertempat.

Antara teguran yang diterima, Vida dikatakan tidak menghormati orang ramai dengan menggunakan telekung solat sebagai modal meraih perhatian.

Difahamkan, persalinan ala telekung berona perak bercampur  warna ‘beige’ itu adalah rekaan jenama terkenal, Behati.

Salma Syahbuddin