“Itu Gaya Terpaling Paris” – Gelagat Elly Mazlein Feeling Ala Orang Perancis Undang Tawa

Pengacara dan penyanyi Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya dengan telatah spontannya ketika berada di Perancis.

Menerusi perkongsian di TikTok, Kak Lina telah berkongsi momennya sedang menikmati teh di salah sebuah restoran di negara itu.

Dalam perkongsian tersebut, Kak Lina sempat membuat aksi ala-ala orang Perancis yang sedang menikmati minuman di restoran mewah.

“Itu gaya terpaling Paris la ekkk. Boleh fefeeling sehari seblum Puasa,” tulisnya.

@kakaklinapompomsitu gaya terpaling Paris la ekkk 🤣🤣🤣🤣 bole fefeeling sehari sblum Puasa❤️

♬ Memories of Paris – Paris Cafe Society

Melihat gelagatnya yang bersahaja, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respon dalam kalangan peminatnya yang terhibur dengannya menerusi ruangan komen.

Fatin Nurain