Netizen Kritik Neelofa Versi AI Kurang Sopan & Seksi? Ada Pula Yang Samakan Dengan Wajah Artis Lain!

Selebriti popular Noor Neelofa mencuri perhatian ramai semalam apabila tampil dalam versi teknologi AI (Artificial Intellegence).

Perkongsian tersebut ternyata mencuri tumpuan peminatnya apabila rata-rata meluahkan rasa teruja sekali gus mengubat rindu peminat yang ingin melihat wajah penuh Neelofa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Neelofa Tampil Dalam Versi AI, Peminat Terubat Rindu Lihat Wajah Penuh – “Tak Boleh Lawan Muka Original”

Terkini, biarpun mendapat reaksi positif, penggunaan teknologi AI yang diusahakan syarikat perniaagaannya itu tidak kurang hebatnya dikritik netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) syarikat perniagaannya itu, telah dimuat naik dua foto teknologi AI yang menyerupai Neelofa.

Teknologi AI tersebut memaparkan wajah penuh yang mirip dengan Neelofa.

Menjengah ke ruangan balas, ada warga maya yang tampil mengkritik teknologi AI tersebut kerana dikatakan kurang sesuai dan boleh menimbulkan salah faham.

Malah, ada juga menyifatkan AI versi Neelofa itu terlalu seksi dan kurang sopan.

Lebih menarik sesetengah warga maya turut menyamakan wajah AI tersebut seperti gabungan wajah Neelofa dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pengacara, Hawa Rizwana.


Dalam pada itu, ada juga yang tampil berpendapat penggunaan teknologi AI tersebut pastinya telah diluluskan oleh Neelofa sendiri bagi tujuan perniagaannya itu.

Khairil Khusyairi