Habiskan Masa 2 Hari Jadi ‘Netizen’, Komen Puteri Balqis Pada Presiden Amerika Syarikat Curi Tumpuan Netizen Luar Negara

Pelakon Puteri Balqis turut menunjukkan solidariti terhadap pembunuhan yang dilakukan Israel terhadap saudara-saudara di Palestin.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Balqis ada meninggalkan komen di akaun Instagram milik Presiden Amerika Syarikat iaitu Joe Bidin tentang pembunuhan yang berlaku.

“I am a child who’s seeing other child being killed. Where is your heart???,” tulisnya diruangan komen.

Kemudian, komen tersebut mendapat perhatian netizen dari luar negara dengan mempersoalkan status sama ada Balqis seorang kanak-kanak atau remaja.

“I think you’re a teenager, not a child, but I get your point.

“A teenager is a child. You didn’t get her point.

“Teenager is still a child?,” komen netizen.

Sementara itu, ada individu yang mempertahankan Israel dengan mengatakan pihak Hamas (Palestin) adalah pemangsa.

Tidak berdiam diri, Balqis membalas komen dengan cara menyindir semula individu tersebut.

Menurutnya, dia telah menghabiskan masa selama dua hari untuk menjadi seorang ‘netizen’ dan membalas komen-komen netizen lain.

Maya Basir