Dituduh ‘Main’ Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Dedah Wajah Individu Wanita & Ajak Bersemuka – “Nak Dengar Juga Cerita Saya Yang Awak Lagi Tahu”

Pelakon Shakilla Khoriri tampil meluahkan rasa berangnya selepas seorang wanita mendakwanya ‘main’ dengan suami orang. semalam.

Menerusi perkongsian di Instgaram Story, Shakilla turut mendedahkan wajah wanita yang meninggalkan komen kurang senang itu dan mengajaknya untuk bersemuka.

Menurut Shakilla, komen tersebut turut menangkap perhatian ahli keluarganya yang juga ingin mengetahui kesahihan di atas dakwaan terbabit.

“Assalamualaikum sis, esok saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak? Nak dengar juga cerita saya yang AWAK lagi tahu.

“Nak tahu juga suami orang mana yang saya dah MAIN tu sebab Mak, Abah, Adik, Kakak saya pun tengah tanya saya ni.

“Awak nak contact saya kita jumpa sembang atau saya suruh orang cari you. Pilihlah. Jumpa awak esok malam,” katanya.

Selain mendedahkan gambar wanita terbabit, Shakilla turut berkongsi tangkap layar akaun Instagram pemilik nama, Al Nur Jannah itu.

Terdahulu, Shakilla menafikan dirinya menjalinkan hubungan skandal bersama suami orang selepas timbul dakwaan yang menyatakan dirinya menjadi perosak rumah tangga orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Terpalit Kontroversi Sondol Suami Orang, Fizi Ali Akui Tak Berkawan Dengan Shakilla Khoriri – ‘Suka Hati Dia Nak Buat Apa”

ARTIKEL BERKAITAN: “Stop Judging Me!” – Kesal Digelar Wanita ‘Tak Baik’, Shakilla Khoriri Minta Jangan Kaitkan Isu Peribadi Dengan Cara Jaga Anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Ada Kesan Apa Pun Pada Saya” – Nama Shakilla Khoriri Dipetik Pelakon Status Janda ‘Sondol’ Suami Orang, Ini Respons Tuan Empunya Badan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kau Ingat Aku Dah Tak Ada Agama Sangat Ke?” –  Shakilla Khoriri Perjelas Tuduhan Fitnah, Nafi Mandrem & Kikis Duit Suami Orang

 

Fatin Nurain