Netizen Mahu Zara Zya Bersama Shuib, Ini Respons Tuan Badan – “Jangan Terlalu Syok Atur Kehidupan…”

Pelakon jelita, Zara Zya tidak menafikan namanya turut menerima tempias ekoran berita pertunangan penyampai radio, Shuib bersama pilihannya, Watie Hanifiah.

Zara dan Shuib sebelumi ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa selepas acap kali membuat content bersama di media sosial.

Memetik laporan Harian Metro, Zara menegaskan dia tidak pernah bercinta bersama Shuib, sebaliknya hanya sekadar gimik dalam mempromosikan produk minuman mereka.

“Ada orang bertanya kenapa bukan Zara dengan Shuib, kenapa kenapa dan kenapa.. kita nak buat apa. Zara dengan Shuib bukan pernah ada apa-apa pun.

“Sampaikan orang nak menjodohkan, hendak mengaturkan hala tuju hidup saya dengan siapa. Orang kata, gosip saya dan Shuib sebelum ini, seperti yang orang tahu sekadar ‘content’ bisnes,” katanya.

Di kesempatan itu, Zara sempat menitipkan pesanan kepada seluruh peminatnya agar tidak mengaturkan kehidupannya.

“Tak pernah ada hubungan apa-apa. Pasangan hidup kita ini bukan orang lain yang tentukan, kita sendiri yang tentukan.

“Saya tidak beritahu siapa pun, tiada siapa yang tahu. Jangan terlalu syok sangat hendak mengaturkan kita punya kehidupan,” katanya.

Terdahulu, Shuib dan Watie selamat mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup dan menetapkan tarikh pernikahan pada 23 Jun depan.

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi