Pilih Bidang Seni Untuk Ekspresi Diri, Arena Wan Hidap Penyakit DLD – “Saya Kena Baca Sepuluh Kali…”

Pelakon Arena Wan mendedahkan dirinya sukar berkomunikasi dan bersosial gara-gara menghidap kelambatan pertuturan atau ‘development language disorder’ (DLD).

Menurut Arena, dia memilih untuk menceburi bidang seni sebagai salah satu cara untuk mengekspresikan diri.

“I love the art sebab perkara itu adalah like a way for me to express myself. I struggle with socializing in real life and communicating because I actually have language disorder.

“After my brother, Adam being diagnosed with Autisme, his doctor suggested to my parents untuk check saya juga takut ada genetic yang relating, bila check ada language disorder,” ujarnya.

Arena ditemui semasa majlis sidang media drama siri terbitan Viu Presents yang berjudul Journal Sara-haeyo di Artisan’s Playground, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Disebabkan itu, dia baru sedar mengapa dirinya sukar untuk memahami sesuatu perkara dalam masa singkat.

Malah, Arena juga terpaksa mengambil masa yang lama untuk memahami skrip-skrip lakonan berbanding pelakon lain.

“So, it makes sense why saya struggle dekat sekolah dulu. Saya susah nak faham. That’s why masa berlakon pun, masa mula-mula saya memang struggle.

“Orang lain baca script sekali dua dah boleh hafal, saya kena baca sepuluh kali untuk faham. To simplify, I am a late bloomer. Saya pick up lambat,” katanya.

Sementara itu, dia juga memberitahu ibu bapanya mempunyai sifat yang ‘overprotective’ selepas menceburi industri seni kerana risau akan keadaan dirinya.

“So, saya faham kenapa parents saya really overprotective bila saya masuk industri ni sebab mereka dulu pun bekerja di dalam industri yang sama dan mereka risau saya tak boleh carry myself with my mental health, with the stress and the environment dekat rumah bukan senang untuk balance,” jelasnya.

Maya Basir