Categories: HiburanSelebriti

Netizen Serang Adik Lelaki Isu Jual Rumah, Amir Syahir Mohon Jangan Tersalah ‘Adik Lelaki’ – “Ni Bawang Putih, Satu Lagi Bawang Merah”

Adik lelaki kepada Shila Amzah iaitu Amir Syahir telah diserang oleh netizen gara-gara kemelut adik-beradik mengenai isu jual rumah.

Menerusi hantaran di Instagram Syahir, ramai yang salah faham dengan tersilap membezakan adik lelaki kedua dan ketiga sehingga dia terpaksa memadam komen-komen negatif tersebut.

“Siapa punya comment aku terdelete tadi?,” ujar Syahir.

Malah, gandingan Shila dalam program Famili Duo ini memberitahu untuk tidak tersalah membezakan adik lelaki.

“Jangan tersalah ‘adik lelaki’ ya,” katanya di Instagram Story.

Selain itu, rata-rata netizen tampil mempertahankan Syahir dengan mengatakan dia adik yang baik dan berpihak kepada Shila.

“Tak aku gelak tengok komen. Yea dia adik yang baik, bukan si jahat. Jangan salah adik lelaki.

“Dia adik yang baik. Kita follow dia. Anak nombor 3 memang baik-baik.

“Ni bawang putih. Yang satu lagi bawang merah aagittuw,” komen netizen.

Pada masa sama, netizen turut berpesan kepada Syahir untuk menjaga kakaknya yang telah banyak berkorban demi keluarga serta memberi kata-kata semangat untuknya dalam Famili Duo.

“Jaga kakak awak bebaik. Awak je support system dia yang terbaik. Moga berjaya dalam Famili Duo!

“Tolong bersama kakak awak sampai akhir hayat. Saya doakan kejayaan awak berdua dalam Famili Duo,” kata netizen.

Maya Basir