“Lepas Tanggungjawab, Campak Anak, Lebih Percaya Orang Lain Urus Anak…” – Kongsi Ciri-Ciri ‘Parents’ Rosak, Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

Perkongsian terkini, pelakon Rita Rudaini menarik tumpuan seolah-olah menyindir individu yang dianggap sebagai ibu bapa ‘rosak’.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) pada Khamis, Rita menyelar tindakan individu berkenaan yang dikatakan melepaskan tanggungjawabnya terhadap anak-anak.

“Ciri-ciri parents ‘rosak’, campak anak, tak ambil tau pasal kebajikan anak (konon anak terpaling independent person), serah seratus peratus kepada pihak lain.

“Tak nak ambil tahu konon terpaling percaya pihak lain ‘lebih arif menguruskan’ sampai lepas tangan tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada pihak lain.

“Tidak, itulah ciri-ciri ibu bapa yang ‘rosak teruk’, ibu bapa yang ‘jahat’ pada anak sendiri,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi hantaran lain Rita juga menyifatkan dia lebih rela untuk memakai topeng watak jahat daripada watak baik namun hanya bermuka-muka di belakang.

“Ada orang kalau kita loud pada sesuatu perkara untuk kebaikan bersama, dia tak suka. Dia avoid.. Dia tak nak suppport.

“Dia nak nampak dia baik-baik saja.. Kita ni seperti watak jahat dalam sesuatu penceritaan. Tapi, bila benda yang kita perjuangkan itu berjaya, semua dapat merasa ‘kebaikan dan kesenangan’ kita, dia orang pertama yang munculkan muka dari belakang dan dia lah yang over lompat bintang atas kesenangan yang di perjuangkan oleh konon watak jahat tu..

Biarlah kita pegang watak jahat untuk kebaikan dan kesenangan semua pihak. Dari pegang watak baik tapi banyak muka,” ujarnya.

Bagaimanapun, Rita tidak menjelaskan secara terperinci mengenai statusnya tersebut.

Sekadar info, Rita dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan pernah berkahwin pada 2008 namun pasangan ini berpisah pada 2013.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Artikel Berkaitan: “Manusia Suka Berterus Terang Akan Dilabel Lantang… Takut Untuk Merasa Pahit” – Hantaran Curi Perhatian, Rita Rudaini Luah Perasaan?

Artikel Berkaitan: “Bertahun-Tahun Buat Taik Pun Tak Pernah Rasa Salah, Hati Busuk Bau Bangkai!” – Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

Artikel Berkaitan: “’Arwah’ Dah Tenang Dengan ‘Bidadari Syurga’” – Hantaran Curi Perhatian, Rita Rudaini Tempelak Siapa?

Aqilah Paharuzi