Netizen Tegur Nora Danish Selamba Peluk Suami Orang… Tapi Ada Warganet Sebak Lihat Hubungan Terjalin Dah Macam Keluarga

Keterujaan peminat terhadap tayangan siri sitkom kegemaran ramai, Puteri mendapat respons positif pelbagai pihak.

Malah, penantian selama 15 tahun peminat terhadap siri sitkom ini akhirnya membuahkan hasil apabila Puteri Reunion 2022 dijadualkan akan bersiaran pada 1 Syawal nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:Penantian 15 Tahun Berakhir, Puteri Reunion 2022 Akan Bersiaran Syawal Ini!

“Dah tak kira halal haram ke? Memalukan…”

Namun begitu, timbul pula isu lain apabila warganet berasa kurang senang dengan tindakan teraju utama siri sitkom tersebut, Nora Danish yang kelihatannya selamba memeluk pelakon lelaki seperti Beego dan pengarah Aziz M Osman.

Perkongsian yang di muat naik oleh Nora menerusi akaun Instagram miliknya itu kini dibanjiri dengan pelbagai komen dan kritikan yang mempersoalkan bahawa pelakon itu tidak pandai menjaga batas pergaulan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimanapun, ada segelintir warganet yang sebak melihat hubungan yang terjalin antara pelakon dan pengarah siri sitkom tersebut yang disifatkan seperti keluarga.

Salma Syahbuddin