Netizen Tegur Suami Makin Kurus & Penampakan Baby Bump, Ini Respons Intan Najuwa

Pelakon Datin Intan Najuwa sekali lagi menarik perhatian selepas berkongsi foto bersama suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman yang kelihatan semakin kurus baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Intan dan suami kelihatan memakai pakaian tradisional Melayu, baju kurung moden dan berbaju Melayu berona sedondon.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian, rata-rata dalam kalangan warganet teruja melihat transformasi suami aktres berkenaan yang kelihatan semakin kacak dan bernampilan kemas.

“Kenapa Datuk dah kurus?

“Datuk makin handsome bila ada wife.

“Lain betul sekarang Datuk, pandai isteri jaga nampak segak. Alhamdulillah. Moga bahagia hingga ke jannah,” komen netizen.

Menyedari ramai yang memberikan komen terhadap penampilan suaminya, Intan bagaimanapun kelihatan membalas salah satu komen yang ditinggalkan pengikutnya.

Sementara itu, dalam hantaran sama, terdapat segelintir warganet yang mendakwa, bahawa mereka seakan-akan terlihat ‘baby bump’ Intan.

Namun, tidak mahu peminat dan pengikutnya terus berteka-teki dengan soalan yang diajukan, Intan tampil menjelaskan bahawa penampakan itu adalah ‘Food bump’ semata-mata.

“Alamak itu bukan baby bump. Itu food bump! Baru lepas makan nasi orang kahwin tu yang baju sendat macam nak koyak dah,” ulasnya,

Terdahulu, Intan pernah menegur sesetengah individu yang sering mempersoalkan penampilan dan keadaan suaminya yang cepat berpeluh.

 

Salma Syahbuddin