“Ni Macam Haqiem Rusli Punya Konsert” – Noh Salleh Tegur Peminat Sebab Suasana Tak ‘Rock’

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh telah menegur para peminat yang menghadiri festival Aku, Muzik & Kamu di Johor Bahru, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, penyanyi berusia 38 itu tidak berpuas hati kerana suasana di bahagian ‘rock zone’ tidak ‘rock’ seperti disangka.

@polyyyzul Replying to @fazzfairuz mesti ada , HAHA😂#akumuzikkamu2023 #galauberat #NightVibes ♬ original sound – Polyyyzul

Bukan itu sahaja, Noh juga ada mengatakan peminat di hadapannya itu seperti sedang menyaksikan persembahan dari penyanyi, Haqiem Rusli malah, memberi ruang kepada peminat di bahagian tepi masuk ke bahagian ‘rock zone’ untuk tambah kan lagi suasana ‘rock’.

“Eh saya tak faham, ni rozk zone kan? Kenapa dia tak rock eh? Ni macam Haqiem Rusli punya konsert. Kita bagi jela yang tepi tu masuk,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan peminat yang berada di ‘rock zone’ hanyalah ‘poser’ semata-mata yang bukan peminat sebenar tetapi hanya hadir untuk menyaksikan persembahan sahaja.

“Tak rock sebab terlalu ramai crowd yang poser, rindu gig yang dulu-dulu sumpah cakap. Yang dekat rock zoner, gentle cakap tak layak duduk situ. Aku tengok pun lemau masuk rock zone duduk paling depan tapi bisu apahal,” tulis netizen di ruangan komen.

Nurul Hana