Pakai Kostum The Demon Slayer, Gelagat Shiera Tegur Anak Buat Netizen Gelak! – “Apa Kau Pakai Ni, Dah Macam Makhluk Ah Seng!”

Telatah pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah terkejut melihat pakaian anaknya mencuit hati ramai selepas video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu tular sejak semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang mesra disapa Shiera ini sedang duduk dan membetulkan solekan sebelum anaknya, Audra turun dari tangga dengan memakai kostum salah satu watak dalam siri manga popular Jepun, The Demon Slayer iaitu Zenitsu Agatsuma.

“Wei baju apa kau pakai ni? Sekolah! Dah macam makhluk Ah Seng!” katanya.

 

Terhibur melihat aksi Shiera menegur anaknya, rata-rata pengikut aktres ini memuji sikapnya yang sentiasa terbuka dengan pilihan anak-anak.

Bahkan, ada yang berseloroh mengatakan setiap hantaran yang dimuat naik di platform berkenaan sama seperti menonton ‘family show’.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dengan lebih 100,000 tanda suka beserta pelbagai komen dari netizen.Telatah pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah terkejut melihat pakaian anaknya mencuit hati ramai selepas video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok itu tular sejak semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang mesra disapa Shiera ini sedang duduk dan membetulkan solekan sebelum anaknya, Audra turun dari tangga dengan memakai kostum salah satu watak dalam siri manga popular Jepun, The Demon Slayer iaitu Zenitsu Agatsuma.

“Wei baju apa kau pakai ni? Sekolah! Dah macam makhluk Ah Seng!” katanya.

 

Terhibur melihat aksi Shiera menegur anaknya, rata-rata pengikut aktres ini memuji sikapnya yang sentiasa terbuka dengan pilihan anak-anak.

Bahkan, ada yang berseloroh mengatakan setiap hantaran yang dimuat naik di platform berkenaan sama seperti menonton ‘family show’.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dengan lebih 100,000 tanda suka beserta pelbagai komen dari netizen.

Salma Syahbuddin