[VIDEO] Achey Jumpa Kembar Tiara Pakai Tudung -“Dah Besar Dah Anak Ayah…”

Pelawak terkenal Achey merakam video seorang remaja wanita yang mirip dengan anak perempuannya, Nur Tiara Zinnirah.

@achey_kintangkintung

Pulakkk jumpa masa emcee di kg bukit belimbing kuala selangor..🤣🤣

♬ original sound – Kedai achey

Video tersebut telah dimuat naik oleh Achey sendiri menerusi akaun TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, remaja perempuan itu kelihatan tersipu-sipu malu kerana Achey mengusik dan memanggilnya Tiara.

“Ya Allah anak aku dah pakai tudung dah.. Tiara dah besar dah anak ayah.. Comel anak ayah,” kata Achey dalam video tersebut sambil ketawa.

Difahamkan, Achey terjumpa remaja itu semasa dia menjadi pengacara majlis di sebuah acara di Kuala Selangor.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan juga turut bersetuju dengan Achey bahawa rupa remaja perempuan itu mirip dengan anaknya Tiara.

“Aah lah sebiji weh.

“Ayah bagi makan apa? Cepatnya membesar.

“Tiara versi dah besor ni.

“Okay dah dapat bayangkan bila Tiara besar nanti,” tulis netizen di ruangan komen.

Terdahulu, Tiara sering menjadi tumpuan netizen kerana keletahnya yang comel dan mencuit hati serta selalu diusik oleh ayahnya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gelagat Anak Achey Curi Perhatian! Siap Pakai Tudung Ikut Tunai Solat Jumaat – “Bapaknya Dah Boleh Pencen, Dah Ada Pelapis!”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rambut Tiara Tersangkut Tiang Gol, Achey Hampir Pitam Dengan Kerenah AnakPelawak terkenal Achey merakam video seorang remaja wanita yang mirip dengan anak perempuannya, Nur Tiara Zinnirah.

Video tersebut telah dimuat naik oleh Achey sendiri menerusi akaun TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, remaja perempuan itu kelihatan tersipu-sipu malu kerana Achey mengusik dan memanggilnya Tiara.

“Ya Allah anak aku dah pakai tudung dah.. Tiara dah besar dah anak ayah.. Comel anak ayah,” kata Achey dalam video tersebut sambil ketawa.

Difahamkan, Achey terjumpa remaja itu semasa dia menjadi pengacara majlis di sebuah acara di Kuala Selangor.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan juga turut bersetuju dengan Achey bahawa rupa remaja perempuan itu mirip dengan anaknya Tiara.

“Aah lah sebiji weh.

“Ayah bagi makan apa? Cepatnya membesar.

“Tiara versi dah besor ni.

“Okay dah dapat bayangkan bila Tiara besar nanti,” tulis netizen di ruangan komen.

Terdahulu, Tiara sering menjadi tumpuan netizen kerana keletahnya yang comel dan mencuit hati serta selalu diusik oleh ayahnya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Gelagat Anak Achey Curi Perhatian! Siap Pakai Tudung Ikut Tunai Solat Jumaat – “Bapaknya Dah Boleh Pencen, Dah Ada Pelapis!”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Rambut Tiara Tersangkut Tiang Gol, Achey Hampir Pitam Dengan Kerenah Anak

Izzi Farhana