Tiada Gambar Bersama Suami, Netizen Dakwa Mafarikha Dah Cerai? Ini Penjelasan Empunya Badan – “Saya Minta Maaf Tapi…”

Penyanyi Mafarikha Akhir menafikan dakwaan bahawa dia dan suami, Muhammad Zariq Noorulyusaa kini sudah bercerai.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), pelantun lagu Angin itu tampil menjawab persoalan warganet yang betanyakan apakah dia dan suami sudah berpisah.

“You cerai lagi ke?,” soal seorang warganet.

Tidak berdiam diri, Mafarikha membalas pertanyaan tersebut dengan berkata dia kini bahagia bersama perkahwinannya bersama suami.

“Kak nam mana ni? Memang kalau tak ada gambar suami maksudnya bercerai ke?

“Lol, saya minta maaf tapi saya sangat gembira dengan perkahwinan saya,” balas Mafarikha.

Hal ini berikutan tiada lagi gambar Mafarikha bersama suami di IG.

Dalam pada itu, Mafarikha turut menjawab persoalan netizen yang bertanyakan khabar dirinya selepas bertarung kesakitan akibat Covid-19 tahap lima pada penghujung tahun lalu.

“Adakah kamu okey selepas post-covid? Saya jarang nampak story IG selepas itu…harap kamu dalam keadaan baik,” tanya seorang warganet.

Menjawab persoalan tersebut, Mafarikha menjawab dia kini mahu memberi fokus pada dirinya berbanding berkongsi di media sosial.

“Okey je, saya lebih memilih untuk fokus pada diri daripada sosial media selepas itu.

“Saya tahu anda semua prihatin tapi saya hanya menusia biasa, jika saya muat naik di media sosial dan maklum saya dalam keadaan baik bermaksud saya baik sahaja,” tulisnya.

Penghujung tahun lalu, Mafarikha dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 tahap lima selepas pulang berbulan madu di Istanbul.

ARTIKEL BERKAITAN: “3 Pesakit Kritikal Telah Meninggal Sebelah Saya” – Mafarikha Kongsi Kisah Hampir Sebulan Di Hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Tulang Rusuk Kanan Bakal Ditebuk, Mafarikha Mohon Doa Agar Prosedur Berjalan Lancar – “Punca Bukan Covid-19, Tapi…”

Khairil Khusyairi