Tahniah…Nicholas Saputra Dilantik Duta UNICEF Indonesia!

Pelakon Indonesia Nicholas Saputra memaklumkan sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai Duta Nasional Unicef Indonesia.

Kata Nicholas yang diberi tanggungjawab bekerjasama dalam kempen pembersihan air bersih di Indonesia, dia berbesar hati untuk bekerjasama dalam projek kali ini.

“Dari dulu saya tidak gemar disebut sebagai duta. Baru kali ini saya setuju dan mahu dilantik sebagai duta. Biasanya walaupun saya membantu, saya mahu dipanggil sebagai volunteer sahaja,” ujar Nicholas yang mesra disapa sebagai Nicho.

Dalam masa sama, Nicho ingin membantu menyuarakan hak anak di Indonesia agar dapat menikmati kehidupan lebih baik.

“Ini melibatkan komitmen panjang. Jadi waktu, persamaan minat juga menjadi sesuatu yang perlu saya ambil kira.

“Saya mahu pastikan ada impak yang luas atas segala hal yang saya suarakan selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Nicholas juga berjanji tidak akan meninggalkan karier lakonan meskipun bakal sibuk sebagai duta Unicef Indonesia.

Nicho memberitahu dia kini sibuk menerbitkan filem dokumentari berjudul Semesta yang mengetengahkan tema budaya dan agama di Indonesia.

Sukses terus ya, Nicho!

Sumber: Kompas.com

SGMS Faida