Nick Jonas, Priyanka Chopra Kahwin ESOK?

Pasangan selebriti terkenal dunia, Nick Jonas dan Priyanka Chopra dijadual akan berkahwin esok.

Menurut laporan media antarabangsa, pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan penuh gemilang di hotel Umaid Bhawan Palace, Jodhpur, India.

Wedding Of The Year ini akan dihadiri oleh kaum keluarga Jonas yang terbang dari Amerika Syarikat termasuk Joe Jonas dan tunangnya, aktres Britain, bintang ‘Game of Thrones’, Sophie Turner.

Chopra, yang merupakan Miss World pada tahun 2000 merupakan selebriti paling berpengaruh bukan sahaja di Bollywood malah di Hollywood juga.

Beliau membintangi siri thriller ABC, ‘Quantico’ dan mengeluarkan lagu bersama peneraju carta utama AS termasuk Pitbull dan The Chainsmokers.

Jonas meraih kejayaan ketika kanak-kanak sebagai anggota utama The Jonas Brothers bersama adik-beradiknya.

Biarpun berbeza 10 tahun, Jonas dan Chopra tidak menjadikan hubungan mereka sebagai masalah untuk bersama malah mengambil keputusan untuk bertunang pada Ogos lalu.

SGMS Faida