Nicole Kidman Kongsi Gambar Lama, Buat Ucapan Untuk Anak Bongsunya

Anak bongsu kepada pasangan pelakon terkenal, Nicole Kidman dan penyanyi muzik ‘country’, Keith Urban yang dipanggil Faith atau nama penuhnya, Faith Margaret Kidman Urban, menyambut hari jadinya yang ke sembilan, Sabtu lalu. 

Justeru itu, pelakon filem Bewitched tersebut telah membuat ucapan hari jadi untuk anaknya itu dengan memuat naik foto lama mereka berdua sewaktu aktres jelita itu masih muda sambil mendukung Faith yang masih kecil, di akaun Instagram peribadinya.

“Anak perempuan kami sudah berusia 9 tahun! Kami amat menyayangi mu anak yang sangat berharga. Selamat Hari Jadi Faith!” tulis Nicole di ruangan kapsyen. 

Nicole juga berkongsi gambar kek coklat bagi menyambut ulang tahun anak bongsunya itu. 

Perkongsian Nicole itu mendapat perhatian pengikut-pengikutnya termasuk rakan-rakan selebriti seperti Gwyneth Paltrow, Reese Witherspoon dan Naomi Campbell yang masing-masing meninggalkan komen di entri tersebut. 

Melalui perkongsian hidup bersama selama 13 tahun bersama Keith, Nicole mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Sunday Rose Kidman Urban yang berusia 11 tahun. 

Terdahulu, Nicole pernah berkahwin dengan pelakon aksi terkenal Hollywood Tom Cruise tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 10 tahun. Melalui perkahwinan itu, mereka mengambil dua anak angkat iaitu Isabella Cruise (27) dan Connor Cruise (24).

Kredit Foto: Instagram @nicolekidman

Del14