Categories: HiburanSelebriti

Noh Salleh, Fatin Athirah Sah Bergelar Suami Isteri

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat bergelar suami kepada Fatin Athirah Mustapha, hari ini.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Noh menerusi sebuah hantaran di Instagram, sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Noh turut berkongsi gambarnya bersama isteri tercinta mengenakan baju berwarna putih sedondon di atas pelamin.

“Athira & Noh. 23rd Sept 2023,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut dihujani ucapan tahniah dan doa dari pengikut dan rakan artis.

Sebelum ini, Noh dan Athirah telah mengikat tali pertunangan mereka dalam sebuah acara tertutup, pada 6 Mei lalu.

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina berkahwin pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai awal Ogos tahun lalu.

Namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa.

Fatin Nurain