Selesai Jalani Tempoh Edah, Noniswara Akui Kekok Kehidupan Tanpa Suami – “Saya Kena ‘Move On'”

Pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin memaklumkan dia kini selesai menjalani tempoh edah selepas kehilangan suaminya, Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad pada Oktober tahun lalu.

Menurut Noniswara atau lebih mesra disapa Nonis itu, dia mengakui kehidupannya harus diteruskan biarpun tanpa seorang suami disisi.

Dalam pada itu, Nonis juga mengakui pasti terbit rasa rindu terhadap arwah suaminya itu.

“Saya baru habis edah, jadi saya tak tahu lagi saya kena ‘move on’ lah.

“Saya baru nak start balik jumpa orang, baru nak datang majlis, orang kata bukanlah kita nak… yang pergi tetap pergi.

“Tetapi sudah tentu kita selalu ingat… rindu. Tapi nak buat macam mana, saya kena hadirkan diri ke mana-mana majlis supaya saya nak move on,” ujarnya dalam sebuiah temu bual.

Tambah Nonis, ada kalanya perasaan kekok itu muncul kerana dia dan suami selalu bersama selama sembilan tahun sebagai suami isteri.

“Bukanlah nak lupakan terus, tapi kesedihan.. Saya memang kena teruskan kehidupan, kenangan bersama.

“Kami selalu bersama jadi bila dah tiada memang rasa macam kekok tapi ‘life must to go on’ kan?,” tutupnya.

Terdahulu, Nonis mengakui dia tidak kisah sekiranya hidup bermadu dengan isteri pertama suaminya itu. Malah turut menganggap anak-anak tirinya sebagai amanah yang ditinggalkan suaminya.

Nonis berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak sembilan tahun lalu. Bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.

Allahyarham Sheikh Nordin juga bapa mentua kepada penyanyi MK K-Clique. MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkahwin dengan Siti Hajaar Sheikh Nordin pada 16 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Noniswara Ralat Suami Pergi Terlalu Awal, Anggap Anak Tiri Sebagai Amanah – “Saya Bukan Pelawat, Saya Adalah Isteri”

Sumber: Mingguan Wanita

Khairil Khusyairi