[VIDEO] Nyanyian Sumbang, The Gadys Teruk Dikecam Netizen – “Dah Macam Nyanyi Kat Karaoke Jamban”

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan Kumpulan M-Pop, The Gadys membuat persembahan di sebuah acara.

Menerusi rakaman tersebut, The Gadys menyanyikan lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia secara siaran langsung di sebuah stesen televisyen (TV).

Ternyata The Gadys nampak selesa apabila menyanyikan lagu tersebut di hadapan penonton.

Namun, disebalik persembahan yang boleh dikatakan menghiburkan itu, rata-rata netizen mengkritik persembahan kumpulan yang dianggotai tiga gadis cantik iaitu Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata mengecam nyanyian kumpulan tersebut, malah ada yang menyifatkan The Gadys terlalu yakin untuk menyanyikan lagu tersebut.

Tidak kurang juga apabila ada yang mempersoalkan apakah The Gadys hanya bersandarkan rupa semata-mata dan bukannya bakat nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Lagi Bersama The Gadys, Nelissa Nizam Fokus Bidang Lakonan… Rancang Keluar Single Solo

Khairil Khusyairi