Categories: HiburanSelebriti

Nonny Nadirah kembali Sendiri

Bukan lagi rahsia, akhirnya pelakon Nonny Nadirah mengakui sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi bersama suaminya, Mustain Adnan.

Nonny Nadirah Zainuddin, 29, bagaimanapun terpaksa memberitahu kepada masyarakat tentang statusnya itu kerana sering di asak dengan pelbagai persoalan oleh orang-orang sekeliling.

Menurut Nonny, keputusan ini dibuat apabila kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk tidak lagi tinggal sebumbung pada Oktober lalu. 

“Tidak timbul isu orang ketiga. Sebaliknya masing-masing berpunca atas kesalahan diri masing-masing. Saya minta maaf, buat sementara waktu saya masih belum bersedia mendedahkan tarikh sebenar kami berpisah.”

“Walaupun bukan ini jalan yang kami mahukan, tapi kami tidak mampu untuk melawan qada dan qadar. Dan, kami tidak boleh memaksa hati untuk meneruskan perkahwinan. Selepas membuat solat istikharah, saya mendapat petunjuk dan ini adalah jalan yang terbaik.” Katanya.

Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga Nonny dan bekas suami dihidu oleh peminat apabila mereka memadam kesemua video dan gambar bersama-sama. Malah, Nonny juga dilihat berangkat ke Tanah Suci Makkah tanpa suami disisi sebagai mahram, sebaliknya ditemani oleh bapa saudaranya.

Bagaimanapun, pelakon ini redha dengan keputusan yang diambil walaupun usia perkahwinan mereka masih baru.

 Nonny Nadirah dan Mustain Adnan mendirikan rumahtangga pada 18 Mac 2018 setelah berkenalan selama 9 tahun.

Apapun, sama-samalah kita doakan semoga yang terbaik buat Nonny. Jodoh dan maut itu kan rahsia Allah. Siapa kita untuk terus mempersoalkan, betul tak?

Salma Syahbuddin