Pelakon yang kekal cantik ini tanpa segan silu memaklumkan kepada xtra.com.my, dia sedia hamil lagi kerana mengimpikan cahaya mata perempuan. Bagi Nora, keinginan beliau mahu mendapatkan cahaya mata perrempuan amat tebal walaupun sudah mempunyai dua hero.

Tambah Nora lagi, tahun depan mungkin antara masa yang sesuai untuk membuat perancangan menambah ahli keluarga.

“Anak kedua saya Ney Ney atau Mohamed Neqayl Nedim masih terlalu kecil , baru sembilan bulan. Rasanya tahun depan adalah masa yang sesuai untuk menambah ahli keluarga. Seorang lagi sudah memadai”

” seronok melihat anak membesar kerana masing-masing mempunyai karakter tersendiri. Contohnya Ney Ney, semakin tembam kerana makin berselera makan.” Katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Oh Most Wanted semalam.

 

Turut memuji suaminya, Nedim sebagai seorang yang sangat pandai menguruskan anak-anak, Nora merasakan beliau begitu bertuah kerana mempunyai suami yang cukup ringan tulang.

Nora bersama suami dan anak-anaknya

Dalam perkembangan lain, Nora juga mengakui agak memilih watak kerana beliau mahu mencabar diri sendiri untuk menunjukkan kelainan dalam karier lakonan beliau.

Salma Syahbuddin