Nourul Depp Tak Sempat Daftar Undi Pos, Peminat Harap Dapat Pulang Ke Malaysia – “Rugi Satu Undi Dah”

Penyanyi Nourul Depp memaklumkan dia tidak sempat untuk mendaftar undi secara pos untuk Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November ini.

Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, Nourul meluahkan rasa sedih apabila permohonan undi pos telah ditutup.

Dalam perkongsian tersebut memaparkan tangkap layar laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menunjukkan tiada permohonan undi pos dibuka.

Menurut Nourul, dia akan mengundi di parlimen Damansara, Selangor.

“Bila kau dah lambat nak apply undi pos.

“Maafkan ku.

“Bila tarikh tutup daftar undi pos ek? Lupa,” tulisnya.

Untuk makluman, permohonan undi pos bagi kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) telah ditutup pada 23 Oktober lalu.

Hasil tinjauan XTRA di ruangan komen perkongsian penyanyi tersebut, rata-rata pengikut meluahkan rasa sedih apabila mengetahui perkara itu malah ada juga yang berharap pelantun lagu Keliru itu dapat pulang ke Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Untuk info, Nourul dan keluarga kini menetap di Bali, Indonesia sejak September tahun lalu.

Khairil Khusyairi