Khatam Al-Quran Diusia 10 Tahun, Fedtri Yahya Titip Ucapan Indah Buat Puteri Kesayangan

Pengacara Fedtri Yahya meluahkan rasa terharunya apabila anak sulungnya, Indah Sutera Jannah sudah khatam Al-quran diusia 10 tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fedtri telah memuat naik gambar puteri kesayangannya itu diiringi dengan ucapan dan pesanan indah buatnya.

“Alhamdulillah. Kakak dah khatam Quran semalam.

“Ya betul, makin tinggi dia sekarang hehe. Dah nak sama tinggi dengan mama. Tak puas lagi nak dukung-dukung, dah 10 tahun umurnya.

“Anak perempuan ni cepat matang. Terserlah naluri kakak anak sulung tu. Suka membantu, suka bercerita, suka #metime dengan kecantikan hehe.

“Doakan Indah Sutera Jannah jadi insan solehah, mengharum budi dunia dan akhirat. Aminnn,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan anak pengacara itu.

Fatin Nurain