Tak Ada Masalah Isteri Lakonkan Babak Bersentuhan, Aiman Hakim Puji Zahirah Macwilson – “Dia Profesional Bila Bekerja, Lagipun…”

Pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui tidak kisah melihat isterinya yang juga pelakon, Zahirah Macwilson melakonkan babak mesra bersama pelakon lain.

Menurut Aiman, dia perlu bersikap profesional kerana hal berkenaan melibatkan kerjaya mereka sebagai seorang pelakon.

Malah, dia juga tidak cemburu sekiranya melihat adengan bersentuhan melibatkan isterinya.

“Pada saya tiada masalah melihat isteri saya melakonkan babak yang bersentuhan. Pada saya itu adalah sebahagian daripada seni dalam lakonan dan ia juga merupakan satu pekerjaan.

“Bila ada babak sedemikian, saya tak pernah terfikir ada isu atau cemburu dan sebagainya,” katanya.

Memetik laporan Gempak, Aiman menyifatkan isterinya itu sebagai seorang yang profesional terhadap pekerjaannya.

“Dia seorang yang sangat profesioanl. Dia tahu apa yang dia perlu buat dan seorang yang bijak serta sangat mudah untuk bekerjasama,” jelasnya.

Terdahulu, pasangan sama cantik, sama padan ini pernah mencuri tumpuan selepas tampil anggun pada majlis perkahwinan Pakar Pelaburan Saham, Datuk Dr Nazri Khan pada September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Dianggap Overshadow Pengantin, Kecantikan Zahirah Macwilson Buat Peminat Terpegun – “Macam Wedding Dia Pulak”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Zahirah Macwilson Senaraikan Nama Bayi Lelaki Untuk Anak Kedua?

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Momen Photoshoot, Peminat Terhibur Gelagat Anak Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin