Nur 2 Mula Ditayangkan Malam Ini, Peminat Pastinya Teruja Nak Tengok Ustaz Adam Kan?

Drama rantaian paling popular tahun lalu kembali menemui peminatnya apabila mula ditayangkan pada malam ini. Nur 2, pastinya lebih dramatik dan penuh kontroversi apabila wujudnya watak baru yang lebih mencabar.

Fenomena drama rantaian Nur bukan sahaja dapat dirasai oleh peminat-peminatnya tetapi,  barisan pelakon yang terlibat dalam menjayakan drama Nur 2 ini juga sekaligus mendapat tempiasnya. Justeru itu, promosi turut dibuat oleh para pelakon menerusi muat naik klip pendek dilaman sosial media masing-masing. 

Bukan itu sahaja, keterujaan peminat drama bersiri Nur 2 ini akan turut dirasai menerusi pemilihan lagu tema baharu yang dinyanyikan oleh Amylea dan Megat Mentor berjudul, Tetap Kamu.
Untuk rekod, drama arahan pengarah tersohor Shahrulezad Mohameddin ini pernah mencatat jumlah 2.5 juta penonton pada musim lalu.
Jadi kepada peminat Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azar Azmi, Azhan Rani, Noorkhiriah jangan lupa untuk saksikan Nur 2, setiap Isnin hingga Khamis, pada jam 10 malam hanya di TV3!
Salma Syahbuddin