Fasih Nyanyi Lagu Belaian Jiwa, Park Bo Gum Buat Peminat Respect!

Respect! Itulah satu -satunya perkataan yang layak diberikan buat pelakon Korea, Park Bo Gum. Terbaru. pelakon dan juga penyanyi versatil ini  melawat Malaysia untuk melancarkan Asia Tournya iaitu Park Bo Gum Asia Tour: May Your Everyday Be Good.

Dikenali dalam kalangan peminat dengan sikap rendah dirinya, Park Bo Gum membuat kejutan yang tidak disangka-sangka apabila beliau menyanyikan lagu Belaian Jiwa, sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Indigo suatu ketika dahulu.

Persembahan yang cukup hebat itu turut diiringi oleh piano. Nyanyian Park Bo Gum bukan sahaja memukau penonton, malah mendapat pujian kerana kefasihan sebutannya dalam Bahasa Melayu. Respect habis!

Dalam sidang media tersebut, Park Bo Gum menyatakan Malaysia merupakan negara pertama dilawatinya sewaktu Asia Tour pada tahun 2016, justeru Malaysia mempunyai tempat istimewa di hatinya.

Rakaman video persembahan Park Bo Gum mendapat pujian daripada netizen di laman sosial yang sangat kagum dengan kelancaran sebutan Bahasa Melayunya. 

Jom kita saksikan persembahan hebat ini!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”