Nurul Shuhada Maklum Alami Keguguran, Tepis Dakwaan Sengaja Gugurkan Secara Haram

Sebelum ini isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, membuat kejutan apabila memaklumkan dia sedang hamil anak ketiga.

Terkini, Shuhada memaklumkan bahawa dia telah mengalami keguguran bayi yang dikandung pada minggu keempat belas.

“Saya mengalami keguguran baru-baru ini atas sebab Allah dah takdirkan memang Shu tak dapat nak teruskan kandungan Shu.

“Yang kedua saya tak dapat kawal saya punya stress, saya dah tak makan ubat anti-depresi jadi itu salah satu sebab jugalah kenapa Shu tak dapat teruskan kandungan.

“Saya alami keguguran pada minggu keempat belas,” kongsi Shuhada dalam satu temu bual.

Menurut Shuhada lagi, dia memaklumkan berita sedih tersebut susulan terdapat tuduhan yang mendakwa dia sengaja menggugurkan kandungan secara haram.

“Saya minta doa yang baik-baik daripada anda, minta nasihat yang positif daripada semua.

“Saya harap semua doakan yang baik-baik buat saya dan anak-anak.

“Dan sebenarnya tujuan saya beritahu berita sedih ini sebab saya tak nak perkara sama berulang sebab saya baru sahaja dapat berita yang saya dituduh sengaja melakukakan pengguguran secara haram.

“Untuk mengelakkan lagi fitnah dan tuduhan yang tidak berasas, jadi saya dan ahli keluarga dan pendapat daripada peguam jadi saya sepakat mengeluarkan khabar berita yang sedih ini untuk mengelakkan lagi sebarang spekulasi ataupun kecaman,” tegas Shuhada.

Bulan lalu, Shuhada turut mendedahkan bahawa dirinya sedang menjalani rawatan depresi dan tekanan serta anak perempuannya, Humairah turut mendapatkan rawatan psikiatri.

Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.

Februari lalu, Nurul Shuhada tampil mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Penampilan ‘Fresh’ Nurul Shuhada Curi Tumpuan, Netizen Komen: “Makin Cantik, You Go Girl”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kuatlah Sayang” – Umum Hamil Anak Ke-3, Nurul Shuhada Risau Akan Bayi Akibat Alami Depresi

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan Tak Tahu Malu” – Isteri Hafidz Roshdi Spill The Tea… Dakwa Suami Curang, Wujud Penyondol

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Hlive

Khairil Khusyairi