“Yang Penting Tak Pakai Stokin Bola” – Puteri Sarah Berbusana Pengantin Serba Putih, Netizen Banding Dengan Baju Nikah Ira Kazar

Pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memuat naik beberapa keping foto mengenakan busana pengantin.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Sarah dilihat menggayakan busana pengantin serba putih di dalam masjid ketika menjalani penggambaran bagi sebuah drama.

Walaubagaimanapun, menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen berbaur sindiran berkaitan busana nikah isteri kedua kepada suaminya iaitu Ira Kazar.

“Macam ni baru baju nikah cantik, simple tapi sweet yang penting tak pakai stokin bola.

“Alaa comel comel. Yang penting takde stokin bola.

“Yang penting ini bukan masjid dan tuan kadi dari Thailand… dan tak pakai stokin bola,” tulis warganet.

Bukan itu sahaja, rata-rata memuji kecantikan Sarah mengenakan busana tersebut.

Terdahulu, Syamsul mengakui telah menikahi isteri keduanya Ira Kazar di Thailand pada awal Januari lalu.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof, Ira Kaza Nikah Di Thailand?

Artikel Berkaitan: Lerai Spekulasi, Syamsul Yusof Sah Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Artikel Berkaitan: “Cakaplah Ni Isteri Kedua Ayah” – Tiada Masalah Maklum Kahwin 2, Syamsul Belum Sedia Bawa Anak Jumpa Ira Kazar

Artikel Berkaitan: Individu Kritik Puteri Sarah Ambil Gambar Duduk Mencangkung Seperti Ira Kazar, Ini Respons Empunya Badan

Atiqah Johari