Nurul Wahab Kongsi Detik Cemas Hampir Jatuh, Syukur Kandungan Selamat

Penyanyi Nurul Wahab yang kini sarat mengandung lapan bulan berkongsi detik cemas apabila beliau tergelincir dan hampir terjatuh di dalam bilik air, namun Nurul bersyukur kerana kandungannya tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Dalam sebuah status yang dimuat naik di laman Instagramnya, Nurul memberitahu bahawa beliau sedikit cemas dengan situasi itu namun   bersyukur apabila kandungannya selamat.

Status di laman Instagramnya berbunyi, “Alhamdulillah takdak apa, #isabelladepp is a strong girl. I can feel. Mak dia ja haqu biqu. Pikiaq banyak sangat pasai #divakurus sampai jatuh tergolek la semalam.”

Situasi ini bukan kali pertama yang dialami oleh penyanyi cantik manis ini, sebelumnya Nurul pernah terjatuh ketika mengandungkan anak pertamanya sewaktu berada di Perancis tahun lalu. 

Hasil perkahwinan keduanya bersama Eric Daniel Depp, Nurul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zachaery dan Raphael. Nurul turut mempunyai seorang anak perempuan berusia 21 tahun bersama bekas suaminya, Ajai.

Kami di Xtra mendoakan semoga semuanya dipermudahkan dan semoga Nurul selamat melahirkan cahaya matanya. 

Ad Ops