Categories: Uncategorized

Lelaki berusia beri risiko lebih tinggi kepada bayi berbanding wanita!

Ungkapan ‘hidup lelaki bermula pada usia 40 tahun’  merujuk kepada kehidupan golongan lelaki yang akan menjadi rancak apabila menjelang usia tersebut.

Lihat sahaja pelakon George Clooney yang menimang cahaya mata pada usia 50 tahun. Selain itu, Tom Cruise juga masih kelihatan tampan dan bertenaga. Tidak kurang juga Rosham Noor yang sentiasa kelihatan muda berbanding usianya.

Wanita pula sering dimomokkan dengan diagnosis seperti sistem peranakan mereka akan hilang fungsinya apabila sudah berumur. Benarkah anggapan ini?

Kenyataan ini mungkin ada  benarnya, namun menurut kajian, lelaki yang berusia adalah lebih berisiko tinggi mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan terhadap bayi dan isterinya.

Ini kerana, kajian yang diterbitkan di BMJ dan diarahkan oleh pakar eurologi dan ketua bagi bidang sistem pembiakan dan pembedahan lelaki di Fakulti Perubatan Universiti Stanford, Dr Michael L Eisenberg, terdapat lebih 12 peratus kelahiran daripada bapa yang berusia 45 tahun ke atas menyumbang kepada kes seperti bayi pramatang, skor Apgar yang rendah dan penyakit sawan selain ibu yang hamil juga berkemungkinan mendapat penyakit kencing manis.

“Ia boleh dielakkan jika usia bapa tersebut adalah lebih muda,” kata pakar perubatan tersebut.

Dalam hal ini, ia terjadi kerana lelaki yang berusia tidak sesuai untuk menjadi seorang bapa disebabkan air mani mereka berkurangan dari segi kuantiti dan kualiti. Motiliti dan bentuk sperma juga akan sedikit berubah.

Perubahan ini akan mengurangkan kesuburan lelaki.

Selain itu, tabiat seperti merokok dan kurang kesedaran terhadap penjagaan kesihatan juga akan mengurangkan kesuburan golongan lelaki yang ingin mendapatkan anak.

Meskipun risiko bagi bapa yang ingin mendapatkan anak pada usia 50, 60 dan 70 tahun adalah tidak besar, tetapi lelaki tetap harus mengambil langkah berjaga-jaga.

 

Ad Ops

Share
Published by
Ad Ops