Nyanyi Di Wedding Bekas Kekasih, Meer Nash Kekal Tenang – “Kental Hati Kau Bang”

Penyanyi Meer Nash, 27, memuat naik satu video di TikTok memaparkan dirinya menyayikan sebuah lagu di hari perkahwinan bekas kekasih.

@meernash5I wish you nothing but happiness ❤️♬ original sound – Meer Nash

Menerusi video berdurasi 27 saat itu, pemilik nama sebenar Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul ini menyanyikan lagu berjudul Perfect daripada Ed Sheeran.

Meer Nash yang tenang menyampaikan lagu tersebut berkali-kali melihat bekas kekasihnya itu sedang menari bersama suami.

“I wish you nothing but happines,” tulis Meer Nash.

Warganet memuji Meer Nash kerana ‘spoting’ untuk menyayikan lagu tersebut di hadapan bekas kekasih memandangkan lirik lagu tersebut umpama sesuai dengan kisah hidup mereka berdua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan aksi yang dilakukan oleh Meer Nash itu dan mereka cuba memahami perasaan penyanyi itu yang ingin memberikan terbaik kepada wanita yang pernah dicintainya satu ketika dahulu.

“Asal bekas partner kita happy, it’s just more than enough. Be strong u got this Meer,” tulis seorang wargamaya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 58,000 tontonan, dan lebih 6,000 tanda suka.

Halimey Zamal