Nyanyian Lagu ‘Gerimis Mengundang’ Sumbang, Gelagat Dahlia Rizal Bikin Pecah Perut!

Isteri kepada pelakon Imran Aqil, Dahlia Rizal tampil meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagat spontannya menyanyi.

Dahlia yang juga merupakan seorang pempengaruh itu telah menyanyikan lagu Gerimis Mengundang nyanyian asal Kumpulan Slam di TikTok, baru-baru ini.

Meskipun nyanyian bersahaja itu sumbang, Imran tetap memberikan sokongan kepada isterinya untuk menghiburkan pengikutnya.

@indomie.d🤲🏻✨

♬ original sound – Dahlia Rizal

Terhibur dengan gelagat spontan pempengaruh itu, perkongsian tersebut telah dihujani dengan respons yang mencuit hati di ruangan komen.

”Weh dia buat-buat ke memang betul? Aku rasa dia buat-buat je ni.

”I love your confident.

”Part diam tu sedap betul.

”Imran, blink twice if you need help,” komen warganet.

Fatin Nurain