“Orang Macam Tu Sampai Kiamat Takkan Mengaku Salah” – Rita Rudaini Mohon Bella Astillah ‘Jalan Terus’ … Keluar Dari Keluarga Toksik

Seakan mengerti nasib yang menimpa Bella Astillah, pelakon Rita Rudaini antara rakan artis yang tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat buat Bella.

Kata Rita, perkara utama yang perlu dilakukan Bella adalah percaya pada setiap ketentuan Allah, selain ‘jalan terus’ dan menikmati kehidupan bersama anak-anak.

Malah, Rita menegaskan bahawa orang yang tidak mahu mengaku kesalahan akan mencuba sehabis baik untuk memburuk-burukkan Bella.

“Bella, jalan terus… yakin pada Allah ada dengan awak.

“Orang yang dikejar bayang-bayang ni memang akan cuba sedaya upaya, sehabis mungkin utuk buat macam-macam cerita. Sebab bayang tu akan kejar mereka sampai kiamat. Chill je. Nikmati kehidupan awak dengan anak-anak.

“Orang macam tu memang akan cuba cari jakaan nak twist cerita suoaya orang lupa kisah mereka. Tapi TUHAN tu MAHA ADIL,” katanya.

Perkara itu dikongsi Rita menerusi muat naik di Instagram Story miliknya dan telah dimuat naik semula oleh Bella di platform sama pada Rabu.

Dalam pada itu, Rita juga kelihatan menitipkan pesanan agar ibu kepada dua cahaya mata itu tidak khuatir sekiranya perlu menjalani kehidupan tanpa seorang suami, ini kerana Allah akan mengubati setiap kesedihan yang dirasai oleh Bella.

Manakala, dalam hantaran berlainan pula, Rita memaklumkan, keluarga toksik itu wujud dan Bella tidak layak untuk berada di dalam keluarga tersebut.

“Family toksik ni memang ada. Sudah lah @bellastillah, awak tak kayak duduk dalam family toxic.

“Syukur alhamdulillah semua petunjuk ni dari Allah sebab Allah sayang ampa,” ulasnya.

 

Salma Syahbuddin