Categories: HiburanTrending

“Kalau Masih Ada Status Suami Atau Isteri Orang, Tetap Salah” – Caprice

Penyanyi dan aktivis Caprice tampil meluahkan buah pendapatnya tentang isu rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz yang kini semakin menjadi tumpuan umum.

Terdahulu, Bella tampil menjelaskan dakwaan berhubung dirinya menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baru, Muaz Zubir hanya sekadar untuk membuat Aliff cemburu.

Malah, tindakan Bella itu juga turut mendapat sokongan daripada sesetengah netizen kerana memahami situasinya yang sudah beberapa kali dikhianati oleh suaminya, Aliff.

Artikel Berkaitan: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

Artikel Berkaitan: “Dia Turut Curang Dengan Adik Saya Sendiri” – Simpan Semua Bukti, Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali

Caprice bagaimana pun kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah netizen yang menyokong perbuatan itu kerana aktres itu masih lagi berstatus isteri orang.

“Secara general kepada kaum lelaki dan perempuan dekat luar sana. Tak kisahlah berapa kali awak semua curang, kalau awak masih ada status suami orang, ada status isteri orang benda tu tetap salah. Salah, tetap salah.

“Tak kisahlah apa awak punya alasan. Kepada sesiapa nak berpihak pada perempuan ke lelaki, anda semua masih tak faham apa hukum dalam Islam apabila curang walaupun masih status berkahwin,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Menyedari pendapatnya itu menerima pelbagai pertikaian dalam segelintir pihak, Caprice turut memberikan pencerahan kepada mereka untuk berfikir secara waras atau ‘common sense’.

“Saya tak faham ada sesetengah orang masih nak bergaduh tentang perkara ini. Salah, tetap salah. Dosa, tetap dosa.

“Bayangkanlah kalau kita gaduh tentang ada orang tu makan 11 mangkuk bab* dan orang lain makan satu mangkuk bab*. Kalau yang makan satu mangkuk bab* tu makan lagi empat mangkuk tak sebanyak dengan orang yang makan 11 tu.

“Begitu juga dengan sekiranya ada suami orang yang cium 11 perempuan lain dan isteri orang tu cium satu lelaki lain. Minta maaf saya khilaf. Nampak tak betapa bodohnya pergaduhan itu.

“Kita boleh kesian kat orang. Tapi lagi elok kau doakan untuk mereka dan taubat. Bukan sokong dan ajak buat dosa. Hopefully this make sense. Insya-Allah,” jelasnya.

Fatin Nurain