“Out Of Everyone, You Ingat Dia Nak Kerja Dengan You Ke?” – Status Anna Jobling Raih Tanda Tanya

Status terkini pelakon jelita, Anna Jobling meraih perhatian selepas menyuarakan kenyataan berbaur tidak berpuas hati terhadap individu yang dipercayai dalam satu industri seni. 

Meneruri perkongsian di platform X, aktres drama rantaian popular Melur Untuk Firdaus itu mempersoalkan sekiranya individu tersebut yang dimaksudkan itu mahu bekerjasama dengan orang lain.

“Out of everyone, you ingat dia nak kerja dengan you ke? LOL,” tulisnya. 

Namun begitu, Anna tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung ciapannya yang menjadi persoalan ramai itu. 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikutnya bertanya sama ada Anna dalam keadaan baik ataupun tidak.

Sehingga kini, tiada sebarang respons daripada pihak Anna berhubung ciapannya itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Akui Takut Nak Kahwin, Anna Jobling Dedah Pernah Kena Curang Berkali-Kali? – “You Akan Nampak B*doh Sebab…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Terfikir Untuk Cari ‘Boyfriend’, Anna Jobling Rancang Nak Tunai Umrah Tahun Depan

Aqilah Paharuzi