Categories: FeaturedTrending

Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud telah menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur kira-kira jam 4.28 pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, berita duka tersebut disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof.

“Sekarang jenazah akan dimandikan dan InsyaAllah akan dibawa ke Masjid Negara untuk penghormatan terakhir (peringkat Semenanjung) sebelum jenazah dibawa ke lapangan terbang untuk diterbangkan ke Kuching, Sarawak,” ujar Fadilah.

Allahyarham kembali ke rahmatullah pada usia genap 87 tahun.

Kemudian, jenazah akan dibawa pulang hari ini ke Kuching dan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir.

Lagi, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Demak sebelum dikebumikan di sebelah kubur isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.

Sumber: Astro Awani

Atiqah Johari

Recent Posts

Bergaya, Berpatutan & Storan Sehingga 512GB – HONOR 200 Lite Kini Di Malaysia!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia…

18 hours ago