[VIDEO] “Kalau Tak Dicubit, Digigit, Dicakar… Hancur Badan Kita” – Gelagat Andi Arsyil Sakat Puteri Sarah Curi Perhatian, Peminat Doa Moga Cepat Kahwin!

Pelakon popular Indonesia yang juga rakan perniagaan kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin iaitu Andi Arsyil mencuit hati ramai selepas videonya menyakat aktres  itu tular di TikTok.

Menerusi video berdurasi 23 saat itu, Andi dan Sarah serta beberapa orang rakan mereka berada di dalam lif sebelum aktor itu memaklumkan kepada Puteri Sarah bahawa di belakangnya terdapat lipas (Kecoa).

Mendengar kenyataan tersebut, Puteri Sarah secara spontan menjerit dan memukul lengan Andi.

“Ada kecoa, itu diatas kamu (Sarah).

“Aduh! Kalau tak dicubit, dipukul, digigit, hancur badan kita,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat hubungan mesra antara Andi dan Puteri Sarah sekaligus mereka mendoakan agar kedua-duanya cepat mendirikan rumah tangga.

“Siapa yang ualng-ulang tengok kita geng.

“Comel je dua-dua. Andi ni takkan lah Sarah sampai hati nak gigit.

“Usikan ada makna tu, Andi nak Sarah berdiri dekat sebelah dia.

“Dua-dua berseri-seri. moga cepat bersatu! Baju pun sedondon.

“Kita jadi angau tengok mereka berdua tau.

“Andi memang suka kalau Sarah cubit. Tu pasal dia suka menyakat,” komen netizen.

Salma Syahbuddin

Recent Posts

Bergaya, Berpatutan & Storan Sehingga 512GB – HONOR 200 Lite Kini Di Malaysia!

Pakej 5G Rahmah HONOR 90 Lite yang dilancarkan tahun lepas diterima baik oleh rakyat Malaysia…

18 hours ago