“Suami Tak Boleh Tinggikan Suara Dengan Saya” – Janna Nick Akui Sensitif Dan Mudah Terganggu

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengaku terlalu sensitif dan mudah terganggu sekiranya ada individu yang berbual dengannya dalam nada keras dan tinggi terutamanya suami.

Menurutnya, suaminya yang juga pelakon, Dini Schatzman sebelum ini tidaklah bercakap terlalu lembut seperti yang terkandung dalam mana-mana video di laman sosial medianya, namun disebabkan sikapnya itu, Dini kini sudah terbiasa untuk bertutur dalam nada sedemikian.

“Dulu Dini takde lah cakap dengan lembut sangat. Saya tidak boleh dengan seseorang yang cakap dalam nada keras atau tinggi suara.

“Lama-kelamaan dia pun sudah terbiasa cakap dengan begini dengan saya. Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terganggu dan rasa dia seorang panas baran,”katanya.

Perkara itu dikongsi Janna menerusi hantaran yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.

Mengulas lanjut, Janna atau nama penuhnya, Nurul Janna Muner, 29, berkata, sekiranya dia tertinggi suara atau berasa marah, suaminya juga akan menjadi sensitif.

Justeru, Janna menolak dakwaan kononnya dia dan suami sengaja berlakon mesra dihadapan kamera.

“Sekarang ini, kalau tiba-tiba saya marah dan tertinggi suara, dia pun akan jadi sensitif dan terasa. Jadi, kami lebih selesa berkomunikasi sebegini.

“Kami juga bukan sengaja nak mengada-ngada berbual seperti bayi dan manja tetapi inilah diri saya.

“Saya tiada memori pada zaman kecil, jadi sekarang ini saya mahu cipta balik,”jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun meraih lebih 200,000 tontonan dan menerima lebih 11,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Salma Syahbuddin